Too good at Goodbyes : Part 3

Hello. This is Arfah. How may I assist you? Aherherher

Trip pergi Korea tu takde yang manis pun untuk Hannah. Tapi dia tetap sukakan Korea and dia berazam nak pergi lagi. Flight balik Malaysia diorang on 18 November 2018. Ingat tau tarikh ni sebab ada benda lagi dahsyat yang Fazzly buat dekat Hannah.

6 jam perjalanan lagi....

Sampai KLIA2, mak dan kakak Fazzly datang fetch diorang.

Mak : Macam mana travel? Best tak?
Hannah : Best mak. Melawat negara orang.
Fazzly : *diam cambiasa*

Sampai dekat rumah mak Fazzly, Fazzly terus naik bilik. Tak tolong angkat luggage pun. Last-last Hannah yang kena angkat naik atas. Bila Hannah naik bilik, berdesup Fazzly keluar bilik and turun lepak dekat living room. Macam rasa panas nak bersedudukan dengan Hannah. Kesian bodo member.

Dalam hati, Hannah rasa tak boleh jadi ni. Kena jugak discuss sebelum Hannah balik JB untuk start bekerja balik. Hannah pun whatsapp Fazzly "Abang, naik sekejap boleh? Sayang ada benda nak bincang". Beberapa minit lepas tu Fazzly pun naik. Muka Fazzly nampak serabut. 

Hannah : Abang, sayang ada buat salah ke? Kalau ada, bagitahu lah. Sayang minta maaf.
Fazzly : Takde apa lah.
Hannah : Sayang lagi tak dekat isteri ni?
Fazzly : Entah. Abang tak tahu.
Hannah : Dah tak sayang ke? 
Fazzly : Okay lah. Aku nak tanya kau. Macam mana rumah tangga nak survive kalau dah tak ada rasa sayang?
Hannah : *berderau darah Hannah* Kalau macam tu pisah je lah! *Hannah jawab dengan penuh emosi, tak sangka soalan tu datang dari suami dia yang dia sangka ikhlas sayangkan dia selama ni*
Fazzly : Kau nak tahu kenapa aku kahwin dengan kau dulu? Okay lah aku cerita. Dulu aku dengan sorang budak perempuan ni. Aku sayang dia. Tapi dia tinggalkan aku. Aku tak kisah lah sebab sekarang dia dah kahwin and ada anak dah pun. So lepas dia tinggalkan aku tu, Bakri kenalkan aku dengan kau. Sekarang kau faham tak aku kahwin dengan kau untuk apa? Sebab aku nak tunjuk dekat dia, kalau dia boleh kahwin, aku pun boleh. Sebab tu aku kahwin dengan kau. Faham? So nanti aku bagitahu mak dengan ayah, kita nak berpisah cara baik.

Astaghfirullah. Hancurnya hati Hannah. Semalaman dia tak boleh tidur, berharap kata-kata Fazzly tu hanya mimpi buruk dia. Tapi hakikatnya, itu lah yang terjadi. Sial punya jantan.

Esoknya tu selepas subuh, Hannah tak boleh tahan kesedihan. Dia beranikan diri ketuk pintu bilik kakak kembar Fazzly yang lagi sedang tidur. 

Knock knock....

Hannah : Kak Hana...
Kakak : Ye Hannah, kenapa ni?
Hannah : Kak, Hannah nak bagitahu. Ni kali terakhir Hannah duduk dekat rumah ni. Fazzly nak berpisah dengan Hannah.
Kakak : Astaghfirullah. Kenapa?? 
Hannah : Fazzly kahwin dengan Hannah dulu sebab nak move on dari cinta lama je. Bukan betul- betul ikhlas nak peristerikan Hannah.
Kakak : Fazzly tu tak sedar diri! Sebelum ni akan pernah kena macam ni. Tak sangka adik sendiri pun perangai macam tu. Hannah sabar dulu, jangan ambil tindakan melulu.
Hannah : Tak boleh kak, Hannah kena keluar jugak dari rumah ni. Fazzly dah taknak Hannah.

Dekat dapur, mak & ayah Fazzly sibuk sediakan sarapan. Ayah excited Hannah balik. Segala makanan dia masak sampai penuh meja makan. Hannah selalu puji masakan bapa mertua dia sedap. So bila ayah tahu Hannah balik, mesti ayah akan masak. Tapi pagi tu Hannah tak dapat makan banyak sebab tak lalu. 

No comments: